Bengkel Cybersafe Sekolah-Sekolah Daerah Kerian
11 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah dan Sekolah menengah Daerah kerian dimana Pusat Internet Malaysia bagi kluster kerian dijemput oleh pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) kerian sebagai penceramah Cybersafe pada hari tersebut. Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran dari kalangan pelajar dan guru dalam penggunaan internet secara selamat.
Sesi tugasan secara berkumpulan turut diadakan bagi memastikan pelajar memahami setiap input yang disampaikan oleh Pihak Pusat Internet. Pihak Pusat Internet Malaysia turut mengambil kesempatan menerangkan tentang fungsi SKMM dan mempromosikan program E-kelas yang ditawarkan di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: